Ujian Pembantu Perangkaan Gred E19
Hai guys terima kasih sudi datang di Blog Zedzaid. Hihi. Dah lama tak update blog, berhabuk haha.
OK guys disebabkan bulan lepas zed ambil ujian Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Perangkaan Gred E19 ( Jabatan Perangkaan Malaysia) ramai tanya soalan dia macam mana? Senang susah? Jadi zed nak share apa isi soalan yg harus dijawab. Seriously, inilah ujian pertama kali Zed ambil setelah bertahun zed daftar di SPA. Siapa tak tahu SPA? Leh lah rujuk di sini: http://www.spa.gov.my/
At first time zed dapat Email from diaorg, happy gila lah, dapat time tu tgah malam, tapi pelik ada ke org keja sent email jam 10 lebih malam?. Tak pe. Back to topic, selepas ambil ujian ni, zed tahu zed mungkin rezeki zed utk di jabatan ini tak dapat. Kenapa? Meh scroll di bawah:
OK untuk ujian ini, ujian ini dalam bentuk online dimana dalam 1 jam dan dia bahagikan kepada 2 section A dan B. Utk section A adalah peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah, masa diberikan adalah 25 minit. Untuk section B adalah Kefahaman Bahasa Inggris, masa diberikan adalah 20 minit.
Untuk peperiksaan Daya Menyelesaikan Masalah, dia bagi 20 soalan dan soalan itu ada pilihan A,B,C dan D. Mesti korg tak sabar ye utk contoh soalan apa yang mereka tanya, hihi. Contoh soalan adalah:
1. satu tin Markbiskut dibahagikan mengikut nisbah 5:2:9. Didapati bahagian yg paling sedikit adalah 71 keping. Berapakah jumlah bilangan semua sekali Markbiskut dalam tin?
a. 1136
b. 781
c. 639
d. 568
2 Sebuah kapal mewah bawa 12 penumpang yg jumlah beratnya ialah 780kg. 3 orang yang purata berat seorang ialah 62 kg telah terjun dari kapal mewah. Berapa jumlah berat penumpang yang tingal?
a. 186 kg
b. 558 kg
c. 585 kg
d. 594 kg
3 Van Honda bergerak sejauh 180km memerlukan 14 L petrol. Kirakan isi padu petrol yang diperlukan bila van itu bergerak dengan kelajuan 95km/j dalam tempoh 5 jam?
a. 70 L
b. 64.64 L
c. 56 L
d. 36.94 L
Ok itu je contoh yang zed tahu. Serious bagi zed yang otak bukan matematik ni memang tak masuk, kasi 25 minit untuk 20 soalan, jadi 1 minit utk 1 soalan?. Zed dah agak I fail this part. Ok next utk bahagian B.
Untuk section B adalah Kefahaman Bahasa Inggris, sama juga ada 20 soalan untuk 20 minit. So untuk 1 soalan 1 minit. Jadi contoh soalanya adalah:
1 Choose the correct spelling:
a. Regrestion
b. Reggression
c. Rigression
d. Regression
2 Choose the correct sentence with same meaning
‘ I will buy a pizza tonight’, Miley said to her husband
a. Miley told her husband that she will buy a pizza night
b. Miley told her husband to buy pizza that night
c. Miley’s husband will buy pizza with Miley at night
d. Miley’s husband told miley to buy pizza for him that night
3 Cardi B is friendly and talkative girl. She likes to pull someone legs.
That means she likes
a. help someone in need
b. push someone around
c. joke with someone
d. make fun of someone
Ok guys ini je lah contoh soalan yang zed ingat, sebenarnya ada lagi soalan yang susah tapi tak ingat pula. Is ok lah. By the way agak tertekan juga lah ingatkan boleh jawab tapi hampeh, betul kata orang mungkin belum ada rezeki, kalua dapat ini mungkin next step lagi susah kot, HAHA. Oklah thanks for read. To all yang ambil ujian ni good luck, sediakan calculator and kamus ye haha, it upon kalau sempat. Doa kan zed juga nak masuk gomen jugak. Ok bye..
Comments